kreativiti dalam seni visual

  1. Mengikut kamus dewan, kreativiti membawa maksud kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif. Mengikut pendapat ahli psikologi, kreativiti bermaksud sesuatu yang asli dan berdaya cipta. Kreativiti adalah kemampuan mencipta asli, kualiti kerja baru, berimaginasi, penumpuan saintifik, penghasilan unsur-unsur baru dalam penghasilan karya seni di bidang pengkaryaan atau perekaan. menghasilkan karya seni tampak dengan kombinasi unsur seni reka dan prinsip rekaan dan mempumyai kandungan (tema dan makna/fungsi dan konteks). ia boleh diaplikasikan pada  apa sahaja kerja yang produktif dan pandangan yang boleh dikongsi oleh semua golongan dan setiap orang mempunyai perbezaan tahap kreativiti. manakala mengikut Spearman , kreativiti adalah sebagai kuasa akal manusia yang mengutarakan pengisian baru, hasil daripada pemindahan unsur-unsur baru yang diperkembangkan bukan hanya sebagai pengutaraan iadea tetapi juga penghasilan pelbagai perubahan yang cukup memberansangkan.
  2. kreatif juga merupakan pemikiran yang spontan,berimaginasi, berani dan saintifik dan mekanikal. banyak terlibat dalam bidang seni visual, kebudayaan dan saintafik. 
  3. proses kreativiti biasanya berlaku dalam dan luar lingkungan manusia dan pengolahan tanpa sedar itu akhirnya diterjemah melalui proses-proses ketelitian dan pengamatan manusia sendiri. 
  4. terdapat lima jenis kreativiti bagi menunjukkan perbezaan daripada segi proses yang di sarankan olh Taylor (1976).
  • kreativiti  ekspresif : hasil yang dihasilkan lebih bersifat bebas, spontan, mengikut gerak hati. contohnya, menghasilkan imej ekspresif dan menekankan emosi pengkarya yang disampaikan melalui karya contohnya catan dan lukisan. 
  • kreativiti teknikal : melibatkan aktiviti yang berkaitan penetapan pengiraan dan ukuran yang telah ditetapkan. contohnya, dalam menghasilkan karya seni grafik dan lukisan teknikal. 
  • kreativiti inovatif : kefahaman modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif. contohnya, penghasilan media catan yang berkualiti dengan menggunakan warna yang diperolehi daripada buah-buahan dan tidak menggunakan media konvensional seperti cat air.
  • kreativiti inventif : reka cipta yang baru. contohnya, ciptaan baru model telefon bimbit dan kereta. 
  • kreativiti emergenitif : kreativiti yang kompleks dan jarang berlaku penghasilan seni daripada proses kreativiti ini  boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip dan kemunculan sesuatu yang baru. contohnya, Picasso merupakan artis yang mempunyai kreativiti yang begitu tinggi sehingga mampu mengubah aliran seni lukis daripada imej catan berdasarkan peniruan kepada penonjolan imej kiubisme dan kolaj.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


all about ART,,
I LOVE ART...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers